Friday, December 23, 2011

Resepi Red Velvet



Sumber ilham dari Encik Google yang baik budi ;-)

Resepi kek ni saya telah dapat melaksanakan dengan jayanya beberapa kali cewah ayat skema wei.Tapi resepi ni saya dapat inspirasi dari blog akak azlita (http://fromintankitchen.blogspot.com/). Terima kasih ye tuan punya resepi. Bukan niat nak meniru tetapi saya cuma ingin mencuba dan resepi yang diberikan oleh akak azlita agak senang itu yang penting. Jadi saya sertakan resepi kek tersebut dan saya berharap dapat dikongsi bersama-sama dengan pembaca blog ini sekelian.

Juga saya tujukan khas kepada kawan sepejabat saya yang request resepi ini dan menyelitkan pelbagai wacana dalam blog saya nanti. Terima kasih atas sokongan yang diberikan khas kepada raMaraMa....

RED VELVET CAKE

1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tanpa garam
3/4 cawan gula - ita guna gula kastor
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - boleh + 1/2 sudu jus lemon bersama 1/2 cwn susu segar
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Bergantung pada oven .
2. Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan dalam satu mangkuk yg kecil.
3. Satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
4. Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung).
6. Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda,dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
7. Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak. Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak.
8. Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek. Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit. Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g butter tanpa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku

1. Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
2. Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna. Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula.
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi boleh tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.