Sunday, April 8, 2012

Cute BiRd.... :-(

Suatu petang yg indah bercampur dengan angin yang agak kuat dan juga hujan, tetiba ada seekor anak burung berdarat tepat sebelah tempat aku titon. Memula memang tidak mengesaki apa-apa, cuma ada kedengaran bunyi sesuatu seperti sehelai kertas berlanggar dengan dinding. Boleh tak anda senua bayang kan saya harap anda dapat bayangan tersebut.
Sehinggalah aku ingin seterika baju aku dapati bunyi tadi adalah datang daripada seekor burung. Lama aku terfikir apa yang perlu aku lakukan. Dan aku teringat semasa kecil dulu aku n kawan pernah memelihara burung yang diletakkan dalam bakul yg dialas menggunakan kain.
Sepantas kilat aku mancari kain dan juga bakul yang ada dalam rumah ni.  Dan aku dapat semua barang yang aku inginkan.  Jadi tingallah anak burung dalam bakul tersebut dan aku telah menyuapkan nasi yang bercampur air ke dalam mulut anak burung tersebut. 
Keesokkan hari, sebelum hendak ke pejabat aku telah menyuapkan makanan tersebut supaya ia tidak kelaparan sangat huhuuhu.
Tapi umurnya tidak panjang selepas 3 hari aku menjaganya anak burung tersebut telah mati.  Sedih dibuatnya sob sob.



Saturday, April 7, 2012

Ketupat Sotong yum yum yum

Ketupat Sotong
by TryMasak


Sotong (6 ekor
Beras pulut (1 cawan)
Gula melaka (1 1/2 keping)
Daun pandan (3 helai)
Santan pekat (1 cawan)
Santan cair (3 cawan)
Garam (secukup rasa)


1.Rendam beras pulut selama 1 jam.
2.Campurkan dengan santan pekat dan garam. Kacau sebati.
3.Susun daun pandan di dalam periuk.
4.Masukkan beras pulut ke dalam sotong hingga hampir penuh dan masukkan
kepala sotong. Cucuk bahagian atas dengan 2 batang lidi kecil hingga kemas.
5.Masukkan ke dalam periuk.Masukkan santan cair, air, gula melaka yang
dipatah-patahkan, dan garam. Tutup periuk dan biar mendidih hingga kuah kering.
Proses ini mengambil masa yang agak lama. Setelah itu, ketupat sotong
bolehlah dihidang.
Makanan ini hanyaboleh didapati di negeri Kelantan dan juga Terengganu. Rasanya lemak manik sebab dalam masakan ini telah dicampur dengan santan,gula melakan dan juga garam. Enjoice da pics

Eggless self-saucing chocolate pudding
(Puding coklat “self-saucing” tanpa telur) kredit to masterchef ezani
Bahan-bahan kek

2 cawan tepung gandum1
½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
1 ½ sudu besar serbuk penaik (baking powder)
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu
1/2 cawan mentega/marjerin, dicairkan

Bahan-bahan sos

2 cawan gula perang
6 sudu besar serbuk koko
3 ¼ cawan air mendidih dicampurkan dengan 2 sudu besar serbuk kopi

Cara-cara

1) Panaskan ketuhar kepada 180°c.
2) Untuk adunan kek, campurkan tepung, gula kastor, koko, serbuk penaik (baking powder) dan garam bersama-sama. Tambah susu dan mentega/marjerin cair kepada bahan-bahan
kering. Campurkan sehingga sebati. Tuang ke dalam dulang pembakar 9 inci.
3) Campurkan gula perang, serbuk koko, dan air mendidih sehingga gula dan koko larut. Tuangkan ke atas adunan kek. Bakar pada suhu 180°c selama kira-kira 45 minit atau hingga kek
masak.
4) Hidangkan dengan ditaburkan dengan serbuk koko dan krim putar.

Saya sudah cuba dan rasanya wahhhh memang sedap 4 those choclate lover huhuhuhu yummmyyyyyyyy