Sunday, January 8, 2012

Salam.........Cuma ingin berkongsi bersama video yang menunjukkan betapa sayangnya binatang terhadap anak yang dilahirkannya.Video ini dirakam di kampung halaman saya semasa saya bercuti di kampung satu ketika dulu.Dan yang paling mengharukan ibu kucing ini tidak menunjukkan kemarahan terhadap anaknya.Perkhabaran yang terkini ibu kucing tersebut telah mati. Ibu saya menyatakan ayah saya yang menjumpai bangkai ibu kucing tersebut.Hmmmm sedihnya ibu yang penyayang telah meninggalkan anaknya tapi saya dapat mengagak yang anak kucing itu turut sedih atas kematian ibunya...Tapi anak kucing itu masih lagi sihat....atas zat yang diberikan oleh ibunya dahulu..



SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2012

Selamat datang tahun baru 2012............
Banyak kenangan di tahun 2011 ada yang manis dan ada yang pahit untuk ditelan, tapi apa-apa pun life must go on. Segala kenangan tersebut boleh dijadikan panduan dan sempadan untuk di kemudian hari. Inilah yang dikatakan lumrah alam ada masa kita di atas ada masa kita di bawah, jadi berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling. Jadi pada permulaan tahun baru ini saya akan sajikan jahitan manik saya yang terkini. Ini adalah koleksi peribadi saya. Cuma untuk dikongsi bersama.
Selamat datang tahun baru 2012............Banyak kenangan di tahun 2011 ada yang manis dan ada yang pahit untuk ditelan, tapi apa-apa pun life must go on. Segala kenangan tersebut boleh dijadikan panduan dan sempadan untuk di kemudian hari. Inilah yang dikatakan lumrah alam ada masa kita di atas ada masa kita di bawah, jadi berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling. Jadi pada permulaan tahun baru ini saya akan sajikan jahitan manik saya yang terkini. Ini adalah koleksi peribadi saya. Cuma untuk dikongsi bersama.



Segala penat lelah amat berbaloi selepas lihat hasil tersebut.
Hmmmmm puas hati sangat