Saturday, February 18, 2012

Jahitan Manik Baru Untuk Ma...

Semasa pulang bercuti di kampung sempena maulidur rasul saya berkesempatan menyiapkan assigment dari Ma saya supaya make over baju baru yang siap dijahit.

Saya jahitkan pada kedua-dua belah pergelangan tangan baju dengan jahitan manik crumble.

She said "jangok nyer" huhuhuhu

Just for u Ma.....

Enjoice da pics

MaJliS Maulidur Rasul

Bila ada cuti yang agak panjang semasa sambutan maulidur rasul aku telah mengambil kesempatan utk pulang ke kampung. Keputusan telah dibuat dan aku telah membeli tiket. Aku balik kampung kali ni disebabkan ibu saya telah bercadang untuk mengadakan majlis sambutan maulidur rasul pada tahun ini setelah lama tidak mengadakan majlis tersebut yang selalu dianjurkan oleh nenek. Nenek selalu uzur dan anak-anak beliau tidak bersetuju jika beliau hendak mengadakan majlis tersebut kecuali ia diadakan di rumah anak-anak seperti yang ibu lakukan. Kami akan menjemput nenek ke rumah sehari sebelum majlis bermula, dia adalah sebagai pemerhati kami ketika kami membuat kerja masak-memasak. Bukan aku dan adik saja yang melakukan kerja tersebut tapi ibu telah melantik 2 orang tukang masak yang handal di kampung kami. So aku n adik tolong apa-apa yang patut je la. Korang bayangkan la keadaannya seperti rancangan MasterChef huhuhuu. Berangan sungoh tapi tak apa aku je yang rasa mcm tu hahahahah.
Semasa majlis berjalan aku telah melantik diri aku sebagai tukang video yang semua org tak tahu aku ada shoot muka diorang wakakaka. Jadi aku tampal je video yang telah aku edit di blog aku ni. Dengan perasaan yang syok sendiri heh.....
p/s video tidak boleh ditampal di atas kesilapan teknikal sowiiiii