Monday, June 25, 2012

Resepi Kek Keju KOktail

Lapisan Biskut
160 g biskut
60 g mentega – dicairkan


Lapisan Keju
250g krim keju
15 g gelatin
60 ml air
50 g gula kastor
2 sudu makan susu pekat


Lapisan Agar-agar
5 g (1 sudu teh) serbuk agar-agar
50 g gula kastor
450 ml air
200 g buah dalam tin


Cara-cara


1) Sediakan tin bulat 7” jenis “loose tin” (boleh guna plastik untuk memudahkan diangkat)
2) Biskut = Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut dan digaulkan rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat, simpan dlm peti sejuk selama 30 minit.
3) Keju = Dalam bekas lain pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkrim. Masukkan susu krimmer manis dan pukul lagi hingga sebati.
4) Panaskan gelatin dan air hingga cair setelah sejuk tuangkan gelatin ke dalam acuan keju dan pukul sebati.
5) Tuang adunan atas lapisan biskut yang telah keras. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
6) Agar-agar = Satukan agar-agar, gula kastor dan air masak hingga mendidih tutup api dan biarkan ia suam.
7) Taburkan buah-buahan atas lapisan keju dan tuangkan agar-agar ke atasnya. Simpan dalam peti sejuk hingga keras.


Saya nak kongsikan bersama followers yang sudi membaca dengan satu resepi yang sangat sedaaaaaaappppppppppp.  Resepi dan nice pics ada saya sertakan sekali.  Enjoice uolssssssss.
cake
Pemandangan dari atas
Pemandangan dari sisi
 
Yummmyyyy


Sunday, June 24, 2012

Tempahan Manik dari Kawan

Satu hari dia datang berjumpa dengan saya dan saya memang terkejut kerana dia memang jarang benar kalau berjumpa dengan saya jika tidak ada benda yang penting. Or at least she comes to me to give me memos,letters etc….
Rupanya dia nak tempah jahit manik dengan saya oh!saya sangat terharu.  Saya pun sanggup menerima tempahan dari dia.  Sudah berjanji dengan dia akan siapkan pada hari gaji yang akan datang. Saya bersetuju jerrrrrrrrrrrrr janji dia berminat dengan jahitan manic saya huuhuhuuhh terima kasih banyak-banyak ye……..
Terimalah tatapan gambar yang x seberapa ini enjoiceeeeeeeee




Saturday, June 23, 2012

BaJu Mom Lg huhuhuhu....

Ni jahitan manik yang terkini yang telah dihasilkan untuk digayakan oleh mom huuhuhuu
Baju yang diperincikan lagi jahitan manik.
Janitan manik yang dibuat adalah ala-ala shimering flora huhuhu.....
Sila enjoice da pics okais uolssssss