Saturday, August 10, 2013

Tempahan Manik Raya Tahun 2013

Salam dan selamat hari raya diucapkan kepada pembaca blog saya ini.Dikesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa.Alhamdulilah tahun ini saya juga telah mendapat tempahan mani
k walaupun di hujunh-hujung bulan puasa.Walaupun tidak sehebat beaders yang lain tapi saya tetap bersyukur kerana masih lagi ada insan yang sudi mendapatkan khidmat saya ini.Sungguh saya tidak sangka.
Di sini saya pertontonkan sebahagian gambar untuk tatapan semua.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ain kerana sudi mendapatkan khidmat beading saya dan berharap puan akan berpuas hati dengan jahitan saya itu.
Terima kasih puan jangan lupa tempah lagi ye.

Tempahan sentiasa dibuka sepanjang masa.

Upah yang saya kenakan untuk jahitan itu RM60 sehelai.