Wednesday, March 20, 2013

Alhamdulilah Masih Ada Lagi Tempahan Jahitan Manik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulilah di awal tahun 2013 ini agak banyak la tempahan jahitan manik yang saya dapat.  Memang amat-amat bersyukur kerana dengan tempahan yang ada saya dapat mencuba corak-corak yang baru juga dapat membaiki skill jahitan yang sedia ada.
Terima kasih Ya!Allah aku amat bersyukur dikurniakan bakat yang ada ini untuk memperolehi sedikit pendapat menyara hidup aku di perantauan heheheheh ayat poyo.  Tapi itu adalah hakikatnya.
Kali ni aku telah mendapat tempahan dari penyelia aku sendiri.  Dia nak jahitan yang simple je kerana nak pakai dalam masa yang amat dekat sekali.  Alhamdulilah manik yang sedia ada mencukupi cuma kena menampung sikit-sikit je.  Jahitan manik untuk baju yang diberikan amat rumit sedikit tapi aku cuba juga dan dapat menyiapkan dalam masa yang dikehendaki.  Kehendak pelanggan perlu dijaga nanti kalau dia berpuas hati dengan hasil yang kita beri inyallah dia akan datang lagi untuk tempahan yang akan datang.
Di bawah ni aku tampalkan gambar yang telah aku snap untuk tatapan semua pembaca maya ni.   Ada ke?tapi tak apa blog ni akan menjadi tatapan aku dan juga rujukan aku untuk masa depan.
So mari kita enjoice......











p/s upah untuk tempahan tangan dan bawah RM60.00 only



Wednesday, March 6, 2013

Pelangi oh Pelangi......


Entry kali ni saya ingin berkongsi dengan pembaca alam maya semua yang saya berkesempatan untuk melihat pelangi yang penuh,.
Pada kesempatan itu saya dapat snap beberapa keping gambar untuk tatapan semua.
Masa kejadian tersebut saya amat teruja kerana sebelum ini saya hanya dapat melihat pelangi yang separuh sahaja.
Saya berharap dapat melihat pelangi penuh satu hari nanti dan doa dan harapan saya telah termakbul oleh Allah swt..Ucapan terima kasih yang tak terhingga hanya mampu saya kepada Pencipta.
Jadi saya pertontonkan beberapa keping gambar full rainbow kepada kamu semua......





Jahitan Manik Pada Tudung Halfmoon

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai semua....
Cuma nak kongsi gambar jahitan manik pada halfmoon shawl permintaan dari adik.
Jahitan yang agak simple ala-ala crown like a princess.
Alhamdulilah jahitan itu dapat diterima dan dia gembira.
Gud......






Tuesday, March 5, 2013

Tempahan manik Dari Kawan Baru .... tq



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebelum memulakan kata-kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan baru saya dari presint 5 kerana telah sudi menempah jahitan manik dengan saya, walaupun agak lama tertangguh.
Tapi dengan izin Allah s.w.t alhamdulilah dapat juga saya menerima tempahan dari kawan baru saya itu.
Saya telah siapkan tempahan dia dalam masa yang agak singkat dan berharap dia berpuas hati dengan hasil jahitan yang saya lakarkan di baju miliknya itu.
Saya juga berharap dia sudi-sudikan diri lagi untuk menempah jahitan manik dengan saya di masa akan datang.
Terima kasih....
Saya juga berjaya mengilhamkan corak dari idea saya sendiri alhamdulilah.
So enjoice da pictures....
 








p/s Upah saya kenakan dia sebanyak RM45.00 sahaja.