Saturday, June 29, 2013

Kali Pertama Menjahit Shimmering Flora...........


Salam...ini adalah kali pertama saya menjahit shimmering flora setelah mendapatkan nota dari guru di alam maya huuu terima kasih cikgu...Enjoice da pic.







Thursday, June 27, 2013

Kisah Si Burung Serindit........

Assalamualaikum dan hai semua pembaca alam maya......
N3 kali ni saya ingin berkongsi kegembiraan yang hanya dalam masa sehari sahaja.
Satu petang saya dikejutkan dengan seekor burung serindit dari seorang kawan. Kawan aku telah menunjukkan aku kepada seekor burung yang telah dijumpainya. Comel aku tengok sekali sudah jatuh kasih pada dia. Tapi cerita sebenarnya dia dalam kesakitan selepas berlaku kemalangan kecil...barangkali kerana dia masih kelihatan seperti burung yang normal.
Selepas aku berinya makan kacang tumbuk dan letakkan di atas pokok bonsai yang mempunyai ranting dia masih sihat lagi. Sebelum aku masuk tidur aku sekali lagi periksa sama ada dia jatuh dari ranting pokok tersebut,alhamdulilah dia masih sihat lagi dan tidur kerana matanya pejam.
Aku masuk tidur dengan harapan masih boleh menjaga dia selama yang boleh..Tapi keesokan paginya aku dapati dia telah kaku di atas lantai....Oh! sedihnya aku masa tu..Aku tidak dapat menyelamatkanya jadi aku ambil keputusan untuk kebumikan dia selepas habis bekerja..
Moral of the story kita tidak boleh sayang sangat kepada sesuatu ianya boleh hilang jua....sedih sungohhh..

Salam Siaran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hmmm sudah lama tidak bersiaran di alam maya ini. Agak sibuk dgn urusan kerja di pejabat serta berkursus oh lalala. Buat masa sekarang tiada lagi gambar untuk ditampal di sini kerana masih dlm proses touch up sikit-sikit dan juga dalam proes menjahit manik untuk kawan sepejabat. Jahitan yang baru dapat tempahan ini saya gunakan proses shimmering flora. Beaders yang lain telah lama menggunakan proses ini tp bagi diri saya agak lambat sedikit kerana belajar secara bersendirian melalui internet. Tapi baru-baru ini saya telah tergerak hati untuk memiliki nota shimmering flora ini dari seorang yang gigih untuk menyediakan nota tersebut. Dia juga ada mengeluarkan nota-nota corak yang lain..Bagi sesiapa yang berminat ingin mendapatkan pelbagai nota boleh la melayari facebook syaila beads... Okey semoga bertemu lagi di masa yang akan datang dengan tatapan gambar shimmering flora dari saya ye chow....jumpa lagi


Contoh corak shimmering flora