Thursday, June 27, 2013

Kisah Si Burung Serindit........

Assalamualaikum dan hai semua pembaca alam maya......
N3 kali ni saya ingin berkongsi kegembiraan yang hanya dalam masa sehari sahaja.
Satu petang saya dikejutkan dengan seekor burung serindit dari seorang kawan. Kawan aku telah menunjukkan aku kepada seekor burung yang telah dijumpainya. Comel aku tengok sekali sudah jatuh kasih pada dia. Tapi cerita sebenarnya dia dalam kesakitan selepas berlaku kemalangan kecil...barangkali kerana dia masih kelihatan seperti burung yang normal.
Selepas aku berinya makan kacang tumbuk dan letakkan di atas pokok bonsai yang mempunyai ranting dia masih sihat lagi. Sebelum aku masuk tidur aku sekali lagi periksa sama ada dia jatuh dari ranting pokok tersebut,alhamdulilah dia masih sihat lagi dan tidur kerana matanya pejam.
Aku masuk tidur dengan harapan masih boleh menjaga dia selama yang boleh..Tapi keesokan paginya aku dapati dia telah kaku di atas lantai....Oh! sedihnya aku masa tu..Aku tidak dapat menyelamatkanya jadi aku ambil keputusan untuk kebumikan dia selepas habis bekerja..
Moral of the story kita tidak boleh sayang sangat kepada sesuatu ianya boleh hilang jua....sedih sungohhh..

1 comment:

Anonymous said...

hmm..sedihnye,tp smg 1 day dpt jumpa lik burung tu kt sana..amin..tq update lik,seronok dpt baca cite awk