Saturday, August 10, 2013

Tempahan Manik Raya Tahun 2013

Salam dan selamat hari raya diucapkan kepada pembaca blog saya ini.Dikesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa.Alhamdulilah tahun ini saya juga telah mendapat tempahan mani
k walaupun di hujunh-hujung bulan puasa.Walaupun tidak sehebat beaders yang lain tapi saya tetap bersyukur kerana masih lagi ada insan yang sudi mendapatkan khidmat saya ini.Sungguh saya tidak sangka.
Di sini saya pertontonkan sebahagian gambar untuk tatapan semua.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ain kerana sudi mendapatkan khidmat beading saya dan berharap puan akan berpuas hati dengan jahitan saya itu.
Terima kasih puan jangan lupa tempah lagi ye.

Tempahan sentiasa dibuka sepanjang masa.

Upah yang saya kenakan untuk jahitan itu RM60 sehelai.







Saturday, July 6, 2013

Bersiaran di alam maya

Salam selamat Bersiaran di alam maya.ini kali pertama bersiaran via new gadjet

Byeeee

Tuesday, July 2, 2013

Tempahan Manik dari Kawan sepejabat.........

Salam...terima kasih kawan kerana sudi menempah jahitan manik dari saya.
Saya harap akan menempahnya lagi di masa akan datang.
Pujian diberi membuatkan hati saya berbunga-bunga.
Terima kasih sekali lagi.






p/s upah untuk jahitan ini adalah RM40.00 sahaja.sekian terima kasih

Saturday, June 29, 2013

Kali Pertama Menjahit Shimmering Flora...........


Salam...ini adalah kali pertama saya menjahit shimmering flora setelah mendapatkan nota dari guru di alam maya huuu terima kasih cikgu...Enjoice da pic.







Thursday, June 27, 2013

Kisah Si Burung Serindit........

Assalamualaikum dan hai semua pembaca alam maya......
N3 kali ni saya ingin berkongsi kegembiraan yang hanya dalam masa sehari sahaja.
Satu petang saya dikejutkan dengan seekor burung serindit dari seorang kawan. Kawan aku telah menunjukkan aku kepada seekor burung yang telah dijumpainya. Comel aku tengok sekali sudah jatuh kasih pada dia. Tapi cerita sebenarnya dia dalam kesakitan selepas berlaku kemalangan kecil...barangkali kerana dia masih kelihatan seperti burung yang normal.
Selepas aku berinya makan kacang tumbuk dan letakkan di atas pokok bonsai yang mempunyai ranting dia masih sihat lagi. Sebelum aku masuk tidur aku sekali lagi periksa sama ada dia jatuh dari ranting pokok tersebut,alhamdulilah dia masih sihat lagi dan tidur kerana matanya pejam.
Aku masuk tidur dengan harapan masih boleh menjaga dia selama yang boleh..Tapi keesokan paginya aku dapati dia telah kaku di atas lantai....Oh! sedihnya aku masa tu..Aku tidak dapat menyelamatkanya jadi aku ambil keputusan untuk kebumikan dia selepas habis bekerja..
Moral of the story kita tidak boleh sayang sangat kepada sesuatu ianya boleh hilang jua....sedih sungohhh..

Salam Siaran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hmmm sudah lama tidak bersiaran di alam maya ini. Agak sibuk dgn urusan kerja di pejabat serta berkursus oh lalala. Buat masa sekarang tiada lagi gambar untuk ditampal di sini kerana masih dlm proses touch up sikit-sikit dan juga dalam proes menjahit manik untuk kawan sepejabat. Jahitan yang baru dapat tempahan ini saya gunakan proses shimmering flora. Beaders yang lain telah lama menggunakan proses ini tp bagi diri saya agak lambat sedikit kerana belajar secara bersendirian melalui internet. Tapi baru-baru ini saya telah tergerak hati untuk memiliki nota shimmering flora ini dari seorang yang gigih untuk menyediakan nota tersebut. Dia juga ada mengeluarkan nota-nota corak yang lain..Bagi sesiapa yang berminat ingin mendapatkan pelbagai nota boleh la melayari facebook syaila beads... Okey semoga bertemu lagi di masa yang akan datang dengan tatapan gambar shimmering flora dari saya ye chow....jumpa lagi


Contoh corak shimmering flora
 

Wednesday, March 20, 2013

Alhamdulilah Masih Ada Lagi Tempahan Jahitan Manik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulilah di awal tahun 2013 ini agak banyak la tempahan jahitan manik yang saya dapat.  Memang amat-amat bersyukur kerana dengan tempahan yang ada saya dapat mencuba corak-corak yang baru juga dapat membaiki skill jahitan yang sedia ada.
Terima kasih Ya!Allah aku amat bersyukur dikurniakan bakat yang ada ini untuk memperolehi sedikit pendapat menyara hidup aku di perantauan heheheheh ayat poyo.  Tapi itu adalah hakikatnya.
Kali ni aku telah mendapat tempahan dari penyelia aku sendiri.  Dia nak jahitan yang simple je kerana nak pakai dalam masa yang amat dekat sekali.  Alhamdulilah manik yang sedia ada mencukupi cuma kena menampung sikit-sikit je.  Jahitan manik untuk baju yang diberikan amat rumit sedikit tapi aku cuba juga dan dapat menyiapkan dalam masa yang dikehendaki.  Kehendak pelanggan perlu dijaga nanti kalau dia berpuas hati dengan hasil yang kita beri inyallah dia akan datang lagi untuk tempahan yang akan datang.
Di bawah ni aku tampalkan gambar yang telah aku snap untuk tatapan semua pembaca maya ni.   Ada ke?tapi tak apa blog ni akan menjadi tatapan aku dan juga rujukan aku untuk masa depan.
So mari kita enjoice......











p/s upah untuk tempahan tangan dan bawah RM60.00 only



Wednesday, March 6, 2013

Pelangi oh Pelangi......


Entry kali ni saya ingin berkongsi dengan pembaca alam maya semua yang saya berkesempatan untuk melihat pelangi yang penuh,.
Pada kesempatan itu saya dapat snap beberapa keping gambar untuk tatapan semua.
Masa kejadian tersebut saya amat teruja kerana sebelum ini saya hanya dapat melihat pelangi yang separuh sahaja.
Saya berharap dapat melihat pelangi penuh satu hari nanti dan doa dan harapan saya telah termakbul oleh Allah swt..Ucapan terima kasih yang tak terhingga hanya mampu saya kepada Pencipta.
Jadi saya pertontonkan beberapa keping gambar full rainbow kepada kamu semua......





Jahitan Manik Pada Tudung Halfmoon

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai semua....
Cuma nak kongsi gambar jahitan manik pada halfmoon shawl permintaan dari adik.
Jahitan yang agak simple ala-ala crown like a princess.
Alhamdulilah jahitan itu dapat diterima dan dia gembira.
Gud......






Tuesday, March 5, 2013

Tempahan manik Dari Kawan Baru .... tq



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebelum memulakan kata-kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan baru saya dari presint 5 kerana telah sudi menempah jahitan manik dengan saya, walaupun agak lama tertangguh.
Tapi dengan izin Allah s.w.t alhamdulilah dapat juga saya menerima tempahan dari kawan baru saya itu.
Saya telah siapkan tempahan dia dalam masa yang agak singkat dan berharap dia berpuas hati dengan hasil jahitan yang saya lakarkan di baju miliknya itu.
Saya juga berharap dia sudi-sudikan diri lagi untuk menempah jahitan manik dengan saya di masa akan datang.
Terima kasih....
Saya juga berjaya mengilhamkan corak dari idea saya sendiri alhamdulilah.
So enjoice da pictures....
 








p/s Upah saya kenakan dia sebanyak RM45.00 sahaja.

Sunday, February 24, 2013

Jahitan Manik untuk diri sendiri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Saya ingin berkongsi idea bagi sesiapa yang berminat dengan jahitan manik mahupuan sebagai idea untuk menempah jahitan manik jua.
Baju ini saya ilhamkan dengan menjahit manik di atas border lace yang dijahitkan pada tangan baju dan bawah baju.
Saya cuma menjahit mengikut corak yang ada pada border lace tersebut.





 


Jahitan Manik Tempahan dari Kawan sepejabat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam sayang semua pembaca blogger saya yang budiman..
lama sudah tidak bersua di alam maya ni..
bkn apa hari ni baru dapat ilham mendapatkan semula id dan pasword untuk buka blog ni huhuhu..
kecian sungguh almaklumla banyak sangat sekarang ni sistem yang menggunakan id dan pasword kalau nak acsess ke mana-mana sistem termasuk bank,emel rasmi pejabat dan sebagainya.
baiklah untuk paparan blog yang terkini hari ni saya cuma ingin berkongsi dengan semua sedikit gambar jahitan manik yang saya dapat pada awal januari 2013 yang lalu.
baju kurung kain buatan daripada batik sutera.
saya jahitkan dengan jahitan sisik ikan dan juga highlight  pada corak baju tersebut.

enjoiceeee.......








p/s Upah saya kenakan RM50.00 termasuk jahitan manik di tangan dan highlight.