Wednesday, March 20, 2013

Alhamdulilah Masih Ada Lagi Tempahan Jahitan Manik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulilah di awal tahun 2013 ini agak banyak la tempahan jahitan manik yang saya dapat.  Memang amat-amat bersyukur kerana dengan tempahan yang ada saya dapat mencuba corak-corak yang baru juga dapat membaiki skill jahitan yang sedia ada.
Terima kasih Ya!Allah aku amat bersyukur dikurniakan bakat yang ada ini untuk memperolehi sedikit pendapat menyara hidup aku di perantauan heheheheh ayat poyo.  Tapi itu adalah hakikatnya.
Kali ni aku telah mendapat tempahan dari penyelia aku sendiri.  Dia nak jahitan yang simple je kerana nak pakai dalam masa yang amat dekat sekali.  Alhamdulilah manik yang sedia ada mencukupi cuma kena menampung sikit-sikit je.  Jahitan manik untuk baju yang diberikan amat rumit sedikit tapi aku cuba juga dan dapat menyiapkan dalam masa yang dikehendaki.  Kehendak pelanggan perlu dijaga nanti kalau dia berpuas hati dengan hasil yang kita beri inyallah dia akan datang lagi untuk tempahan yang akan datang.
Di bawah ni aku tampalkan gambar yang telah aku snap untuk tatapan semua pembaca maya ni.   Ada ke?tapi tak apa blog ni akan menjadi tatapan aku dan juga rujukan aku untuk masa depan.
So mari kita enjoice......











p/s upah untuk tempahan tangan dan bawah RM60.00 only



1 comment:

Anonymous said...

jahitan awk..cntik ..mcm awk..x jemu mata memandang