Sunday, April 8, 2012

Cute BiRd.... :-(

Suatu petang yg indah bercampur dengan angin yang agak kuat dan juga hujan, tetiba ada seekor anak burung berdarat tepat sebelah tempat aku titon. Memula memang tidak mengesaki apa-apa, cuma ada kedengaran bunyi sesuatu seperti sehelai kertas berlanggar dengan dinding. Boleh tak anda senua bayang kan saya harap anda dapat bayangan tersebut.
Sehinggalah aku ingin seterika baju aku dapati bunyi tadi adalah datang daripada seekor burung. Lama aku terfikir apa yang perlu aku lakukan. Dan aku teringat semasa kecil dulu aku n kawan pernah memelihara burung yang diletakkan dalam bakul yg dialas menggunakan kain.
Sepantas kilat aku mancari kain dan juga bakul yang ada dalam rumah ni.  Dan aku dapat semua barang yang aku inginkan.  Jadi tingallah anak burung dalam bakul tersebut dan aku telah menyuapkan nasi yang bercampur air ke dalam mulut anak burung tersebut. 
Keesokkan hari, sebelum hendak ke pejabat aku telah menyuapkan makanan tersebut supaya ia tidak kelaparan sangat huhuuhu.
Tapi umurnya tidak panjang selepas 3 hari aku menjaganya anak burung tersebut telah mati.  Sedih dibuatnya sob sob.



No comments: